BAJU MELAYU

Baju melayu ADAM direka berdasarkan potongan Modern-Fit yang mana menawarkan beberapa kelebihan berbanding potongan tradisional-fit (classic-fit) dan potongan slim-fit. Ini menjadikan potongon Modern-Fit lebih menarik  untuk cita rasa kontemporari sambil mengekalkan kepentingan budaya. Berikut adalah beberapa kelebihan potongan Modern-Fit:

 

1. Penampilan yang lebih Kemas 

Rekaan Baju melayu Modern-Fit lazimnya direka agar lebih kemas, sesuai dengan badan dan menawarkan potongan yang lebih tajam. Potongan Modern-Fit memastikan pakaian kelihatan lebih kemas, bergaya dan sesuai untuk semua peringkat generasi yang sukakan pernampilan yang kemas dan elegan.

2. Keselesaan dan Mobiliti

Potongan baju melayu versi tradisional-fit (classic-fit) kadangkala boleh terasa longgar dan menampakkan besar manakala potongan versi slim-fit kadangkala boleh terasa ketat dan tidak selesa. Modern-Fit adalah potongan yang menggabungkan kedua-dua potongan tradisional-fit dan slim-fit. Ia direka untuk memberikan effect kekemasan serta keselesaan kerana potongan yang lebih fleksibel berbanding potongan slim-fit serta tidak terlalu longgar berbanding potongan tradisional-fit. Ini menjadikan potongan Modern-Fit lebih selesa, kemas dan sesuai untuk dipakai oleh semua peringkat umur. 

3. Memberi effect langsing

Potongan Modern-Fit secara umum memberikan effect nampak kurus dan kemas kerana potongannya yang tirus terutama pada bahagian tangan dan kaki. Ia adalah potongan yang menawarkan gaya yang kemas walau bagaimanapun ia tidak ketat seperti potongan slim-fit atau tailored-fit. Potongan Modern-Fit lebih kemas dan selesa serta memberikan reka bentuk yang kontemporari.

 4. Sesuai dipakai ketika panas

Oleh kerana potongan Modern-Fit direka dengan potongan yang lebih fleksibel (iaitu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar), ia selesa dipakai ketika cuaca panas seperti di Malaysia disamping memberikan effect yang kemas kepada pemakai. 


Kesimpulan, sekiranya anda mencari baju melayu yang memberikan gaya yang elegan, kemas, moden dengan memberikan effect langsing tetapi masih mahukan keselesaan dan ruang untuk bergerak, potongan Modern-Fit baju melayu ADAM adalah pilihan yang terbaik.