[NOAH&Co] Baju Melayu Adam (Dark Colour)
- Regular price
- RM 139.00
- Sale price
- RM 139.00
- Regular price
-
RM 159.00
Share
Penerangan Produk
- Fabrik: Japanese Pearl Matte Satin
- Potongan: Modern-Fit Cutting
- Mempunyai hidden-zip dibahagian sisi tepi baju.
- Tiada hidden-zip dibahagian lengan tangan.
- Jenis: Collar Cekak musang
- Saiz tersedia: XS – XXL
- Mempunyai 16 pilihan warna yang menarik.
Kelebihan Fabrik
Baju melayu NOAH & Co. direka menggunakan fabrik Japanese Pearl Matte Satin. Ia adalah sejenis fabrik sintetik yang terkenal dengan teksturnya yang memberikan effect mewah dan kemas. Ia menggabungkan kedua-dua daya tarikan estetik dan sifat berfungsi yang lebih praktikal sekaligus menjadikannya praktikal dipakai, kemas dan tampak mahal. Berikut adalah beberapa kelebihan utama fabrik Japanese Pearl Matte Satin:
- Kemasan matte satin memberi effect mewah dan elegan.
- Tekstur lembut, sejuk dan selesa dipakai.
- Material sederhana berat dan terletak elok pada bahagian badan.
- Tidak memberi kegatalan pada kulit dan sesuai untuk kulit yang sensitif.
- Mudah untuk digosok (easy-ironing fabric)
- Material fabrik sederhana tebal yang tidak melekat dibadan.
- Mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap kedutan (wrinkle resistance).
- Mempunyai kebolehan bernafas (breathable) yang menjadikannya selesa dipakai terutamanya ketika cuaca panas.
- Tahan kotoran dan mudah dibersihkan tanpa menghilangkan kemasannya.
- Fabrik tidak akan berbulu dan tahan lama.
- Warna yang tidak akan luntur.
- Boleh dicuci menggunakan mesin basuh.
Potongan Modern-Fit
Potongan baju melayu NOAH & Co. direka berdasarkan potongan Modern-Fit yang mana menawarkan beberapa kelebihan berbanding potongan tradisional-fit (classic-fit) dan potongan slim-fit. Ini menjadikan potongon Modern-Fit lebih menarik untuk cita rasa kontemporari sambil mengekalkan kepentingan budaya. Berikut adalah beberapa kelebihan potongan Modern-Fit:
1. Penampilan Kemas dan Kontemporari
Rekaan Baju melayu Modern-Fit lazimnya direka agar lebih kemas, sesuai dengan badan dan menawarkan potongan yang lebih tajam. Potongan Modern-Fit memastikan pakaian kelihatan lebih kemas, bergaya dan sesuai untuk semua peringkat generasi yang sukakan pernampilan yang kemas dan elegan.
2. Keselesaan dan Mobiliti
Potongan baju melayu versi tradisional-fit (classic-fit) kadangkala boleh terasa longgar dan menampakkan besar manakala potongan versi slim-fit kadangkala boleh terasa ketat dan tidak selesa. Modern-Fit adalah potongan yang menggabungkan kedua-dua potongan tradisional-fit dan slim-fit. Ia direka untuk memberikan effect kekemasan serta keselesaan kerana potongan yang lebih fleksibel berbanding potongan slim-fit serta tidak terlalu longgar berbanding potongan tradisional-fit. Ini menjadikan potongan Modern-Fit lebih selesa, kemas dan sesuai untuk dipakai oleh semua peringkat umur.
3. Memberi effect langsing
Potongan Modern-Fit secara umum memberikan effect nampak kurus dan kemas kerana potongannya yang tirus terutama pada bahagian tangan dan kaki. Ia adalah potongan yang menawarkan gaya yang kemas walau bagaimanapun ia tidak ketat seperti potongan slim-fit atau tailored-fit. Potongan Modern-Fit lebih kemas dan selesa serta memberikan reka bentuk yang kontemporari.
4. Penggayaan halus dan minimalis
Baju melayu Modern-Fit sering menggabungkan reka bentuk minimalis atau halus, mengelakkan kerumitan sulaman tradisional atau hiasan berat. Ini menjadikannya lebih serba boleh untuk digayakan secara formal, kasual atau acara kontemporari, tanpa menjejaskan keaslian budaya.
5. Sesuai dipakai ketika panas
Oleh kerana potongan Modern-Fit direka dengan potongan yang lebih fleksibel (iaitu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar), ia selesa dipakai ketika cuaca panas seperti di Malaysia disamping memberikan effect yang kemas kepada pemakai.
Kesimpulan, sekiranya anda mencari baju melayu yang memberikan gaya yang elegan, kemas, moden dengan memberikan effect langsing tetapi masih mahukan keselesaan dan ruang untuk bergerak, potongan Modern-Fit baju melayu NOAH & Co. adalah pilihan yang terbaik.
Ukuran
Reviews
Be the first to review
Write an review
How would you rate the product?
More thought about the product