CUTTING BAJU MELAYU
Baju melayu NOAH & Co direka berdasarkan potongan Modern-Fit yang mana menawarkan beberapa kelebihan berbanding potongan tradisional-fit (classic-fit) dan potongan slim-fit. Ini menjadikan potongon Modern-Fit lebih menarik untuk cita rasa kontemporari sambil mengekalkan kepentingan budaya. Berikut adalah beberapa kelebihan potongan Modern-Fit:
1. Penampilan yang lebih Kemas
Rekaan Baju melayu Modern-Fit lazimnya direka agar lebih kemas, sesuai dengan badan dan menawarkan potongan yang lebih tajam. Potongan Modern-Fit memastikan pakaian kelihatan lebih kemas, bergaya dan sesuai untuk semua peringkat generasi yang sukakan pernampilan yang kemas dan elegan.
2. Keselesaan dan Mobiliti
Potongan baju melayu versi tradisional-fit (classic-fit) kadangkala boleh terasa longgar dan menampakkan besar manakala potongan versi slim-fit kadangkala boleh terasa ketat dan tidak selesa. Modern-Fit adalah potongan yang menggabungkan kedua-dua potongan tradisional-fit dan slim-fit. Ia direka untuk memberikan effect kekemasan serta keselesaan kerana potongan yang lebih fleksibel berbanding potongan slim-fit serta tidak terlalu longgar berbanding potongan tradisional-fit. Ini menjadikan potongan Modern-Fit lebih selesa, kemas dan sesuai untuk dipakai oleh semua peringkat umur.
3. Memberi effect langsing
Potongan Modern-Fit secara umum memberikan effect nampak kurus dan kemas kerana potongannya yang tirus. Ia adalah potongan yang menawarkan gaya yang kemas walau bagaimanapun ia tidak ketat seperti potongan slim-fit atau tailored-fit. Potongan Modern-Fit lebih kemas dan selesa serta memberikan reka bentuk yang kontemporari.
4. Sesuai dipakai ketika panas
Oleh kerana potongan Modern-Fit direka dengan potongan yang lebih fleksibel (iaitu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar), ia selesa dipakai ketika cuaca panas seperti di Malaysia disamping memberikan effect yang kemas kepada pemakai.
Kesimpulan, sekiranya anda mencari baju melayu yang memberikan gaya yang elegan, kemas, moden dengan memberikan effect langsing tetapi masih mahukan keselesaan dan ruang untuk bergerak, potongan Modern-Fit baju melayu NOAH & Co adalah pilihan yang terbaik.
FABRIK MATERIAL
Baju melayu NOAH & Co. direka menggunakan fabrik Japanese Pearl Matte Satin. Ia adalah sejenis fabrik sintetik yang terkenal dengan teksturnya yang memberikan effect mewah dan kemas. Ia menggabungkan kedua-dua daya tarikan estetik dan sifat berfungsi yang lebih praktikal sekaligus menjadikannya praktikal dipakai, kemas dan tampak mahal. Berikut adalah beberapa kelebihan utama fabrik Japanese Pearl Matte Satin:
- Kemasan matte satin yang memberi effect mewah dan elegan.
- Tekstur lembut, sejuk dan selesa dipakai.
- Material sederhana berat dan terletak elok pada bahagian badan.
- Tidak memberi kegatalan pada kulit.
- Mudah untuk digosok (easy-ironing)
- Material fabrik sedarhana tebal dan tidak melekat dibadan.
- Mempunyai ketahanan tinggi terhadap kedutan (wrinkle-resistance).
- Tahan kotoran dan mudah untuk dibersihkan.
- Fabrik tidak akan berbulu dan warna yang tidak akan luntur.
- Boleh dicuci menggunakan mesin basuh.
Secara keseluruhannya, fabrik Japanese Pearl Matte Satin memberikan gabungan penampilan mewah, keselesaan, kekemasan, ketahanan serta praktikal dipakai ketika cuaca panas seperti di Malaysia.